Sunday, August 3, 2008

pameran

Titik temu…..



Setelah sekian lama hasrat menyatukan segala rasa yang terpendam untuk dihampar kepada khalayak. Hari ini titik temu… terhidang sudah.

Apakah yang diharapkan dari hidangan lauk pauknya yang beragam di dalam pinggan yang bebagai bentuk?

Untuk itu satu usaha telah dimulakan oleh Galeri Pantai Timur, Yakni menyatukan 17 orang pelukis yang giat berkarya di sekitar Kuantan, Pahang. Malah ada antara mereka yang terlibat dalam pameran di perengkat kebangsaan dan luar negara.



Shaimy Hashim dengan karya yang condong kepada surealisma. Alam tidak lojiknya cuba dijadikan kiasan. Keris dan keranda terbang sebagai metafora, menceritakan akan kuasa dan hak yang tidak berjejak. Warna suram dan mestri membungkus rasanya yang bergolak. Suasana politik ,ekonomi dan budaya berulang kali disingkap dan ini dapat dirujuk dari karyanya Keranda 152 , 27” x 35” dan Mimpi dalam mimpi ,56” x 46” media cat minyak, .





Haji Malek Sulaiman dengan karya sulongnya BELINDUNG warna poster atas kertas,23” x 33”, mengajak kita melihat ikan dan sesibur bemain dan berlindung di bawah sekuntum teratai .


ALLAH / JINGGA, media arklik, 3’ x 3’ karya Smadi memilih tema ketuhanan dengan menimbulkan perkataan kalimah (kolaj). Yakni dalam ruang abstrak yang luas bewarna jingga sangat ekspressi, pasti ada yang berkuasa ,ALLAH. Pengalamannya berkarya di dalam dan di luar negara ( barat) menjadi beliau lebeh berani bereksprementasi.






Najihah Lee Abdullah seorang guru lepasan UITM dalam dua buah karyanya memfokus KELOPAK MAWAR 1 ( 22” x 22” ) dan 2 ( 24” x 29.5”,dengan warna yang kontras dan bertenaga, tapi tegas . Rautan kewanitaannya terpancar dari sapuan berusnya.




Aziz @ Zainuddin Mohd Zain yang dulunya sangat rajin melukis potret dengan bahan pastel dan cenderong kepada realisma, kali ini memilih media batik dengan bentuk yang dipermudahkan dengan imej saekor SEMUT PUTIH ,30” x 36” secara menegak di tengah permukaan yang muncul oleh latar biru pengapnya




Haji Osman Limat dengan Rumah Tradisi Pahang, media campuran 25” x 44” dalam permukaan memanjang ( horizontal ). Rasa sepi dan romantis ditimbulkan oleh rumah warisan lama yang belatarkan kebun getah yakni sumber ekonomi masyarakat di kampong ketika itu, dipalik dengan warna jingga kemerahan jambu agak harmoni dalam nada realisma dapat mengusek nostalgia kerinduan silam. Pengalaman dan kemenangan dalam pertandingan sejak dulu, baik peringkat daerah , negeri dan kebangsaan tidak mengubah sikapnya yakni sentiasa serdehana, cepat mesra dan periang.


Turut serta mewarnai Pameran Titik Temu adalah Haji Aman Ahmad, juga orang lama yang yang terkenal dengan karya dari perut bumi yang menggambarkan kehidupan perkerja lombong bawah tanah yang terdalam di dunia , kali ini benorstagia dengan kehidupan desa silam. MENGEMPIN, cat minyak 23’ x 27”, dengan gaya nanyang memaparkan beberapa figura berpakaian Melayu dan latarnya sawah padi .

Ishak Jaafar, seoarang juru ukur ternama di Pahang menyumbangkan karyanya ………………….., akrilik atas kertas dengan gaya surealis. Buminya yang terpaksa disangga manakala seorang pendita dengan tongkat berdiri tegak saperti mendoakan dan mestri persoalannya. Dengan warna yang garang, bentuk yang padu membawa kita ke alam fantasi.

Radzuan Mat Diah memilih MANGGIS 1 THE SERIES, 36” x 36” , Akrilik sebagai wadah mengingatkan buahan tempatan dengan kesan berulang, tindehan dan ala ekspresi .

Haji Malek Sulaiman dengan karya sulongnya BELINDUNG warna poster atas kertas,23” x 33”, mengajak kita melihat ikan dan sesibur bemain dan berlindung di bawah sekuntum teratai .


Munif Mohamad Nor pelukis muda yang rajin dan suka membuat eksprementasi dalam meneroka gaya dan penguasaan bahan. Karyanya WHO’S EARTH IT IS? Akrilik atas polyter linen, 64 x 68 cm, 2008 begitu ekspresi . Penekanan kepada perahu jalor dan figura dengan belatarkan sungai yang dipenuhi sampah sarap. Barangkali inilah yang ingin dipersoalkan oleh beliau. Alam yang tidak terjaga lagi, dapatkah menjamin keselesaan manusia di masa depan.


Pelukis yang turut terlibat dalam Titik Temu ialah Iffamuddin Mohamad, Rashid Razak, Aidil Yusof, Roslan Khalid dan Ramali Ngah. Karya mereka mejadi pelengkap apatah lagi masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam usaha memeriahkan kegiatan senilukis di negeri Pahang


Iffamuddin Muhamad, SIRI KARTARSIS ‘ Warisan Nenek Moyang ‘, media
campuran seolah men gajak kita mlihat cebisan imej yang di kutip dari budaya silang. Ukurannya yang kecil menuntut kita memerhati dengan kesungguhan.


Ramali Ngah, BEBAS, Akrilik atas kertas, ……………………memecah latar dengan perbezaan warna secara belok-belok kecil berwarna warni bagi menolak sekumpulan burung yang terbang bebas memenuhi ruang dalam bentuk menegak


Roslan Khalid, PERHENTIAN, cat air,………….. pelukis yang cuka melukis secara insitu dengan gaya yang ekspresi berjaya mengajak kita melihat kesibukan perahu-perahu besar dan awak-awak ( nelayan ) yang baru pulang dari lau di pengkalan. Pelukis ini pernah memenangi pertandingan cat air kebangsaan yang di anjur oleh Balai SeniLukis Negara dan Persatuan Cat Air Malaysia.


Rashid Razak, ………………….cat minyak, pelukis potret dan figura yang terkenal di tanah air. Pegamatannya pada seorang gadis yang sedang menggosok kain membuktikan kefahamannya terhadap anatomy manusia. Jalinan dan warna membuat kita rasa saperti berada di ruang rumah lama yang di lempahai cahayadan memokus wajah ayu yang tekun dan tulus.


Aidil Yusof, ……………………….. Cat minyak, dengan ruang kembas yang besar dan begitu betenaga meluahkan semangatnya da berilusi dengan kehebatan raja rimba yang tajam merenung walaupun tubuhnya terendam dalam paya. Getaran dan riak air seolah ia berhati-hati agar kehadirannya tidak disedari mangsa.




Titik Temu..berusaha untuk mengetengahkan beberapa karya ARCA yang dihasil oleh pelukis. Pameran ARCA memang jarang dapat diadakan, kerana ianya kurang mendapat sambutan dan sokongan. Oleh itu pameran ini menjadi pendorong kepada penggiat seni ARCA dan diharap masyarakat sudi memerhati dan menilainya.





Sebagai permulaan Galeri Pantai Timur mempamerkan karya arca oleh Mohd Shaimy Hashim , arca Bentuk 1, 1983, menggunakan bahan kayu dan cat. Unsur budaya( kepercayaan ) atnik kaum orang asli terselit dalam arca beliau. Manakala Zakaria Adam, Tanpa Tajuk, menggunakan Simen Putih, dengan bentuk membulat,dan lembut .

Ilham Fadhli M.Shaimy, Tanpa tajuk 1, simen putih, karya sewaktu beliau di UITM dan memilih arca sabagai pilihan utama untuk dipelajari. Karya Munif Mohamad Nor, Di Antara Serpehan, 1998, bahan campuran, dengan begitu berani menggunakan kepingan besi, paku, ranting kayu yang kontras dan amat simbolik sifatnya.



Titik temu… adalah gelodak jiwa yang sering mengganggu harapan Pelukis Pantai Timur yang jauh dari ruang dan peluang. Tentunya Titik Temu, mengharapkan permulaan ini berterusan dan akan menjadi satu garisan yang tidak putus.

Semuanya kini teserahlah kepada khalayak menilainya.


0leh.
M.Shaimy Hashim.
2.8.2008.



PAMERAN SENILUKIS BERJUDUL 'TITIK TEMU' AKAN DI ADAKAN BERMULA DARI 10/08/08 BERTEMPAT DI GALERI PANTAI TIMUR DI ALAMAT E1321,TINGKAT SATU,BANGUNAN AL-WARISAN,JALAN BUKIT UBI,KUANTAN PAHANG.


SEMUA DIJEMPUT HADIR.