Tuesday, August 4, 2009

Hilang dalam kabus



Begitu lama mengambil waktu, saperti mencari badak sumatera di Endau Rompin.Terpaksa membelek buku dan internet. walaupun tak sampai, tapi memadai.
taklimat dari Taman Negara, mengiakan ketiadaan tanda/kesan badak di sekitar endau rompin. mengapa? mungkin kawasannya telah musnah.hutan menjadi ladang, menjadi kampong, menjadi ....Badak menguncut jumlahnya.

hari itu orang berani meneroka hutan belantara. demi penempatan. demi sumber kehidupan. demi ekonomi. sebok dengan impian. lupa ada kehidupan terancam. hari ini ada orang berani meminta hak orang lain atas nama hak. menidakkan kebaikan dan kerja keras orang lain. menggunakan orang lain yang terpukau kata keramat yang dusta. lalu mengikat selendang di kepala. ada yang pakai kopiah, sereban. pakai baju labuh, baju t berengkel , bersatu memusnahkan hasil kepayahan orang lain.

semuanya kerana menuntut Keris Tamin Sari di lenyapkan. semua bersetuju dan berkobar-kobar hingga berapi, menjerit selogan, merempuh orang lalu lalang, merosakkan harta orang berniaga, menakutkan masyarakat yang cinta damai,, memalukan kepada dunia.

mereka puas. hebat . wa percaya lu. disebalik sehelai lalang, pasti tak dapat melindungi bangkai. saperti badak sumbu sumatera hilang didalam kabus.

4 comments:

Hashim Zabidi said...

Demonstrasi! demonstrasi adalah cerita semalam mencari tamin sari dalam kabus pagi
Belum juga diketemui
Tamin sari yg semakin karat dan tidak tajam lagi.


P/s: saya sudah jumpa dpmp.blogspot.com
yang masih kosong.
Harap khabarkan pd Puan Hasnah, tebas laman itu supaya saya boleh menari dan menyanyi.

galeripantaitimur said...

berkata tentang Tamin Sari keris Hang Tuah yang diperoleh kerana menewaskan pahlawan Majapahit dan menjadi simbol kesetiaan dan keberanian orang Melayu sejak berabad.
Tak hairanlah matanya dah tumpul dan berkarat. Terbiar sekian lama. Hilang, tak dipedulikan . Anak sendiri pun tak tahu malah tak mahu ambil tahu.
sedeh!
bertambah sedeh bila melihat datuk , bapa dan ibu sama-sama membakar sejarah. Anak pula membakar bangsa.
Atas nama keadilan mereka merempoh sambil bertempek..hapuskan kezaliman. Dalam waktu yang sama sang pengikut telah memusnahkan masa depan seorang orang lain kerana kesombongan dan ketamakan.

endiem said...

betul.. mana perginya yang lain2 ?

Hashim Zabidi said...

Kita tukarkan saja taming sari itu dengan periuk api,
taming sari yang sepi
biarkanlah dia pergi
sesuka hati.

Esok akan ada lagi mantari,
mungkin cahayanya lebih berseri.


P/s
Kasi tahu puan Hasnah,
bersihkan laman dpmp,
biar aku buat entri.