Tuesday, February 24, 2009

Dari titek ke titek...


Aku masih ingat pada tahun 1978 sempena hari puisi ke 6 yang di adakan di Kuantan. Aku pulang dari Kelantan bagi melibatkan diri di majlis itu dimana Dewan Persuratan Melayu Pahang menjadi tuan rumah.Di sekolah SMAKA, Kuantan dijadikan tempat perkampongan para penyair tanah air.

Se sampainya aku di ruang pendaftaran, ramal juga AJK yang aku kenali. Antaranya E tan Alauddin, Dato Zainuddin Jumaat, Adnan Sani, Abah Samad Malaya dan kenalan dari Pahang dan Kelantan. Tokoh besar yang aku masih ingat allahyarham Pak Sako yang dilantek sebagai penghulu perkampongan, A.Latif Mohidin, Ghafar Ibrahim dan penyair yang datang sebagai peserta Hari Puisi Ke 6.

Aku bersempatan bertemu dan berbual dengan seorang ajk DPMP yang aku kira mempunyai prinsip berfalsafah dan banyak idea sesuai sebangai seorang penulis. Orangnya tidak tinggi, gempal,rambut ikal macam P.Ramlee dan bersuara agak parau. Sewaktu keluar di bandar Kuantan untuk menemui ibuku di bangunan Umno sekarang ( sebagai tukang masak), aku menumpang beliau. Banyak perkara dan idea dilontarkan , termasuklah hasratnya untuk menulis sebuah nobel ( kalau Tak silap ingatan ) Dari Nohtah ke Nohtah atau dari titik ke titik... Aku juga ingin membacanya kalau ada peluang hasil tulisannya itu. Peristiwa 31 tahun itu kini menjenguk ingatan ku kerana di antara Nohtah ke Nohtah ada cabaran untukku . Beliau mencadangkan aku mengambarkan sebuah lukisan idealisma di mana saekor seladang bertarung dengan harimau....beliau meminta aku menintrapitasikannya. Inshaallah akan saya lukiskan . Cuma untuk makluman aku pernah melukis trajisnya saekor kuda yang diterkam oleh singa. Karya asal oleh Geo Stubbs, pelukis barat abab ke tujuh belas. Karya yang membawa persoalan ekonomi yang terancam, yang bertarung untuk membebaskan dari kemelesetan yang turut disebabkan oleh keadaan politik dan peperang. Karya itu hilang pada tahun 1992.

Aku berterima kasih dengan sahabat ku ini yang rajin membuka dan membalas blog Galeri Pantai Timor. Cuma sayang blog beliau tidak dapat dibuka. Harap tolong berikan alamat blog saudara.

Sunday, February 22, 2009

RENONGAN......


Kebajikan kepada para seniman kini mendapat perhatian Kerajaan.Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan (KEKWA) mewakli kerajaan memainkan peranannya bagi melaksanakan tujauan tersebut. Hasilnya ramailah sudah para seniman yang mendapat
bantuan dari tabung yang telah dibentuk.

Bantuan saperti pencen kepada seniman veteran,bantuan perubatan dan bebagai bentuk bantuan turut diberikan dalam usaha mmembantu gulungan seniman.
Usaha yang baik itu sedikit sebanyak dapat melegakan gulungan seniman yang terhimpit dengan bebagai macam kesulitan.

Sebagai pelukis saya berharap bantuan itu hendak melibatkan semua gulungan seni dan tidak hanya kepada gulungan seni tertentu saja. Merujuk kepada berita dimedia gulongan yang disebut selalu mendapat bantuan ialah pelakon dan penyanyi. Gulongan seniman yang lain jarang kedengaran.

Dalam suasana ekonomi negara yang terut menerima tempias kemelesetan ekonomi dunia, berbagai keedah rangsangan ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan bagi menolong mewujudkan daya saing menghadapi cabaran. Sejumlah besar wang melibatkan billion ringgit telah di peruntukan bagi memacu ekonomi negara. Cuma yang tidak sangat disebut kesan yang dihadapi oleh kumpulan seniman khas para pelukis.

Perkembangan senilukis di negara sangat pesat. Ini adalah kelangsungan dari wujudnya instusi pendidikan senilukis dan rangsangan perkembangan ekonomi negara selepas kemerdekaan. Kewujudan Balai Seni lukis Negara, Pasar Seni, pegajian seni dan pembelian karya dari kerajaan, pihak koprat dan induvidu telah mendorong mencambahkan gulongan pelukis yang menjadikan senilukis sebagai kejaya dan sentiasa bertambah setiap tahun.

Dengan suasana sekarang, gulongan pelukis turut menerima kesannya dan amatlah perlu di salorkan juga ransangan ekonomi kepada gulungan ini dalam usaha meyakinkan kepada masyarakat bahawa seni, khasnya senilukis adalah bidang kejaya yang berdaya maju dan sentiasa mendapat sokong dari pihak kerajaan.

Satu cadangan yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dengan menjadikan dasar kepada semua enjensi kerajaan di pusat, negeri dan daerah memperuntukan beberapa peratus ( 10 % ) perbelanjaannya setiap tahun bagi tujuan membeli karya lukisan pelukis tempatan. Ini tentunya menjadi dorongan dan semangat kepada para pelukis di seluroh negara.

Dalam masa yang sama cukai barang peralatan lukisan hendah di kurangkan memandangkan harga peralatan lukisan kini meningkat naik, mahal.

Akhirnya tiada yang mustahil, dan tetulah kita menyokong slogan Malaysia boleh.

Wednesday, February 18, 2009

Kembali...

Saya mendapat sms dari kawan katanya dia terimamakluman dari sdr. Ismail Mustam; " Ibrahim Hussein telah mmeninggal dunia. ALFATIHAH'....Amin.

Tuesday, February 17, 2009

KERANDA 152


KERANDA 152 sabuah lagi karya personafikasi yang mengajak khalayak sama - sama mentaksirkannya.

Didalam dunia fantasi yang belatarkan pantai Baserah dengan kehidupan pengusaha yang mengangkut ikan dengan kereta yang ditarek oleh kerbau, dan menjadi popular pada para pelancung dalam dan luar negara.

Daratan tebingnya terputus dan berjurang dalam.Keris pusaka berluk menjadi titian. Nun di langit kelihatan sebuah keranda 152 terapong. Kesunyian dan terasing.

Monday, February 16, 2009

Telur di hujung tanduk.



Teringat sewaktu di sekolah rendah di Pekan, cikgu memberi pengertiannya iaitu sautu kedudukan yang berada di dalam keadaan merbahaya atau genting.

1986 sebuah karya telah terhasil di Kuantan yang meminjam peribahasa diatas. Karya yang menggunakan bahan cat minyak atas kanvas merujuk kepada peristiwa politik semasa itu . Objetif yang tersirat di dalam karya tersebut lebeh kepada memberi peringatan, iaitu adalah sangat merbahaya jika belakunya perpecahan. Ia akan menjadi lebih membahaya kerana dalam masa yang sama ada ancaman dari pihak tertentu yang mahu menggugatkan keselamatan negara.

Kini maksud peribahasa itu sekali lagi menjadi penting untuk difahami. Apatah lagi generasi kini seolah-olah tidak lagi menghargai sistem yang sedia ada yang telah melepasi 50 tahun membuktikan kebekesanannya. Generasi kini yang didorong oleh pihak yang ingin berkuasa lebih sanggup melakukan apa saja asalkan niat mereka tercapai sahinggakan kedudukan raja pun di cabar.