Wednesday, May 23, 2012
Bertemu lagi....
Aku masih di sini
Terakhir aku menulis pada 2010 bercerita tentang Endau Rompin. Salepas itu tiba-tiba menjadi sangat sibuk dan bekongsi cerita hanya diFB shaja.
Hari ini aku tergerak mecatat hasratku untuk membangunkan GAP's juga SEnika yang kedua-duanya dibawah pimpinan ku. Aku berfikir bagaimana mendapatkan sebuah bangunan milik kedua pertubuhan itu.
Aku berpendapat jika persatuan memiliki sebuah bangunan sendiri ianya menjadikan persatuan lebeh bermaruah dan mempunyai harapan untuk bertahan . Ia juga akan menjadi kebanggaan dan menanam keyakinan ahlinya,masyarakat dan negara.
Banyak usaha dan kesabaran yang perlu diamalkan dalam usaha mencapai tujuan dan perlukan sokongan, bantuan serta kerjasama dari semua pihak.
Di kalangan rakan seperjuangan, perminat, dermaan tentunya ada idea yang dapat dikongsi kearah merialitikan hasrat.
Dengan rendah diri sedia mendengar pandangan membina.
Terima Kasih
Mohd Shaimy Hashim
YDP AP's.
Saturday, January 16, 2010
Satu orang sebuah.
Pelukis di Pahang yang ingin mempamerkan karya di GPT boleh memohon dengan menghantar foto karya sebuah untuk seorang di facebook mshaimy . Lengkap dengan keketerangan karya dan profil. Ruang pameran yang kecil hanya mempamer kurang lebeh 20 karya sahaja. Tarikh akan di maklumkan kemudian.
Wednesday, September 30, 2009
Esok anakku angkat nikah di Melaka
Inshaallah! malam ni lepas sembahyang hajat menyambut pepereksaan SPM di sekolah MGS (sekolah anak perempuanku ), Aku dan keluaga serta sahabat akan ke Melaka. Aku perlu sampai lebeh awal kerana esok selepas sembahyang jumaat akan diadakan majlis angkat nikah anakku Kapt. Ilham Fuad dengan Dr. Maslia Hj. Ibrahim.
Pada 3 okt ( sabtu ), diadakan majlis bersanding ala tentera dan jamuan. Wah hebat juga peristiwa ini. kalau zaman dulu, hang Tuah datang ke Inderapura ( Pahang ) untuk memikat dan membawa lari Tun Teja untuk di persembahkan kepada raja, tapi kali ini Kapt. Fuad menyunting Dr Maslia untuk teman hidupnya. Baik kan orang Pahang ni.?
Ha jangan lupa hari itu juga hari penamaan calon bagi Bagan Pinang. Isa Masih di perlukan. Isa juga akan menghadapi lawannya dari Pas dan seorang PKR yang menggunakan tiket bebas. Perkara ini kita serah kepada kebijaksanaan orang Bagan Pinang. Mudah-mudahan tak adalah peristiwa yang burok dan memalukan bangsa dan negara belaku.
Aku juga berharap perjalanan pulang tidak menempoh apa-apa halangan. Semoga tuhan lindungi kami dari keburokan dan kehinaan. oh ya jangan lupa pada 17 oktober2009 aku dan keluaga akan mengadakan majlis menyambut menantu bertempat di Dewan Mat Kilau, batu 5, Jalan Gambang, Kuantan jam 11 pagi hingga 3.30 petang. Jemputlah .
Friday, September 18, 2009
HARI RAYA DUA HARI LAGI.
Malam ni aku cuba buka email mshaimy@yahoo. Tapi tah apa halnya, tak boleh pula. Dah berapa kali ku cuba. Akhirnya aku buka galeripantai timur.
Anakku dan sepupunya sedang mengemas bilik. Nak rayalah katakan.
Petang tadi dia pergi buat rambut juga berdua dengan sepupunya. Gaya orang sekarang. Aku tak tak tahu namanya. Tapi cantiklah juga.
Untuk pagi raya ni isteriku nak masak nasi dagang. Anakku Ilham Fadhli suruh masak. Dia akan balik pagi raya. Katanya jalan raya kurang sebuk.Maknya tak sabar nak tengok cucunya, Jasmin, Arqaf dan Ehan. Aku pun gitu juga. Ijah pun rindu juga kat anak saudaranya tu.
Oh ya! biasanya nya tapai pulut tak boleh tinggal. Tadi aku beli dua kilo pulut untuk di tapai.
Lain persiapan biasa saja. Tahun ni mesti banyak sabar. Maklumlah aku bukan ada pencen. Tak pernah kerja kerajaan mana nak dapat pencen. Projek pun lama dah tak dapat. Lukisan pun kurang jalan da. Apa lagi ..tahu tahu saja lah.
Hari raya ketiga saperti biasa ada pertemuan sahabat lam pelajar Sungai Lembing tahun 1968. Kali ni kat beserah di rumah Tumirah. Ini kali ke 20. Dapatlah jumpa kawan dan guru.. seronok tahu. biasanya aku jadi pengerusi majlis.
Hari itu aku nak jemput kawanku ke Majlis Menyambut Menantu pada 17. 10.09. Aku buat kat dewan Mat kilau. Datanglah sama.
Peluang ni aku nak ucap Selamat Hari raya dan maaf zahir batin.
Thursday, September 10, 2009
Catatan Malam
Pohon muda itu telah keras
Melenturnya mengancam diri
tersilap melibas kembali
Itulah masa rebung tak dibelai kasih
tak dipupok sayang
tak dibalas cinta.
Nah sekarang apa nak jadi?
kini mereka berani mempersoalkan apa yang mereka percaya
dari apa yang mereka pandang
dari apa yang mereka dengar
dari apa yang mereka tahu dan di beri tahu
tentang kebenaran
tentang keadilan
tentang pembohongan
tentang rasuah
tentang bahasanya
bangsanya
budayanya.
Mereka percaya apa yang mereka dengar
apatah lagi jika mereka rasai sendiri
mereka percaya apa yang mereka lihat
apatah lagi jika perkara telah terpahat.
menyalalah kemarahan dan kebencian
sanggup berkerat rotan.
Walaupun pun sumber masih kabur
mereka tak perduli
mereka tetap mahu tempur.
apa nak jadi
mereka memaki banga sendiri
apatah lagi orang tua mereka mencarut, mencaci
berkawan dengan syaitan pun diretui
dalam diam- diam ada orang senang hati
pucuk di idam makin mendekati
tunggulah, jangan kemudian kita sesali.
Wednesday, September 9, 2009
SELAMAT HARI JADI
Tuesday, August 4, 2009
Hilang dalam kabus
Begitu lama mengambil waktu, saperti mencari badak sumatera di Endau Rompin.Terpaksa membelek buku dan internet. walaupun tak sampai, tapi memadai.
taklimat dari Taman Negara, mengiakan ketiadaan tanda/kesan badak di sekitar endau rompin. mengapa? mungkin kawasannya telah musnah.hutan menjadi ladang, menjadi kampong, menjadi ....Badak menguncut jumlahnya.
hari itu orang berani meneroka hutan belantara. demi penempatan. demi sumber kehidupan. demi ekonomi. sebok dengan impian. lupa ada kehidupan terancam. hari ini ada orang berani meminta hak orang lain atas nama hak. menidakkan kebaikan dan kerja keras orang lain. menggunakan orang lain yang terpukau kata keramat yang dusta. lalu mengikat selendang di kepala. ada yang pakai kopiah, sereban. pakai baju labuh, baju t berengkel , bersatu memusnahkan hasil kepayahan orang lain.
semuanya kerana menuntut Keris Tamin Sari di lenyapkan. semua bersetuju dan berkobar-kobar hingga berapi, menjerit selogan, merempuh orang lalu lalang, merosakkan harta orang berniaga, menakutkan masyarakat yang cinta damai,, memalukan kepada dunia.
mereka puas. hebat . wa percaya lu. disebalik sehelai lalang, pasti tak dapat melindungi bangkai. saperti badak sumbu sumatera hilang didalam kabus.
Subscribe to:
Posts (Atom)