Wednesday, May 23, 2012

Bertemu lagi....

Aku masih di sini Terakhir aku menulis pada 2010 bercerita tentang Endau Rompin. Salepas itu tiba-tiba menjadi sangat sibuk dan bekongsi cerita hanya diFB shaja. Hari ini aku tergerak mecatat hasratku untuk membangunkan GAP's juga SEnika yang kedua-duanya dibawah pimpinan ku. Aku berfikir bagaimana mendapatkan sebuah bangunan milik kedua pertubuhan itu. Aku berpendapat jika persatuan memiliki sebuah bangunan sendiri ianya menjadikan persatuan lebeh bermaruah dan mempunyai harapan untuk bertahan . Ia juga akan menjadi kebanggaan dan menanam keyakinan ahlinya,masyarakat dan negara. Banyak usaha dan kesabaran yang perlu diamalkan dalam usaha mencapai tujuan dan perlukan sokongan, bantuan serta kerjasama dari semua pihak. Di kalangan rakan seperjuangan, perminat, dermaan tentunya ada idea yang dapat dikongsi kearah merialitikan hasrat. Dengan rendah diri sedia mendengar pandangan membina. Terima Kasih Mohd Shaimy Hashim YDP AP's.

Saturday, January 16, 2010

Satu orang sebuah.

Pelukis di Pahang yang ingin mempamerkan karya di GPT boleh memohon dengan menghantar foto karya sebuah untuk seorang di facebook mshaimy . Lengkap dengan keketerangan karya dan profil. Ruang pameran yang kecil hanya mempamer kurang lebeh 20 karya sahaja. Tarikh akan di maklumkan kemudian.

Wednesday, September 30, 2009

Esok anakku angkat nikah di Melaka


Inshaallah! malam ni lepas sembahyang hajat menyambut pepereksaan SPM di sekolah MGS (sekolah anak perempuanku ), Aku dan keluaga serta sahabat akan ke Melaka. Aku perlu sampai lebeh awal kerana esok selepas sembahyang jumaat akan diadakan majlis angkat nikah anakku Kapt. Ilham Fuad dengan Dr. Maslia Hj. Ibrahim.
Pada 3 okt ( sabtu ), diadakan majlis bersanding ala tentera dan jamuan. Wah hebat juga peristiwa ini. kalau zaman dulu, hang Tuah datang ke Inderapura ( Pahang ) untuk memikat dan membawa lari Tun Teja untuk di persembahkan kepada raja, tapi kali ini Kapt. Fuad menyunting Dr Maslia untuk teman hidupnya. Baik kan orang Pahang ni.?
Ha jangan lupa hari itu juga hari penamaan calon bagi Bagan Pinang. Isa Masih di perlukan. Isa juga akan menghadapi lawannya dari Pas dan seorang PKR yang menggunakan tiket bebas. Perkara ini kita serah kepada kebijaksanaan orang Bagan Pinang. Mudah-mudahan tak adalah peristiwa yang burok dan memalukan bangsa dan negara belaku.
Aku juga berharap perjalanan pulang tidak menempoh apa-apa halangan. Semoga tuhan lindungi kami dari keburokan dan kehinaan. oh ya jangan lupa pada 17 oktober2009 aku dan keluaga akan mengadakan majlis menyambut menantu bertempat di Dewan Mat Kilau, batu 5, Jalan Gambang, Kuantan jam 11 pagi hingga 3.30 petang. Jemputlah .

Friday, September 18, 2009

HARI RAYA DUA HARI LAGI.



Malam ni aku cuba buka email mshaimy@yahoo. Tapi tah apa halnya, tak boleh pula. Dah berapa kali ku cuba. Akhirnya aku buka galeripantai timur.
Anakku dan sepupunya sedang mengemas bilik. Nak rayalah katakan.
Petang tadi dia pergi buat rambut juga berdua dengan sepupunya. Gaya orang sekarang. Aku tak tak tahu namanya. Tapi cantiklah juga.
Untuk pagi raya ni isteriku nak masak nasi dagang. Anakku Ilham Fadhli suruh masak. Dia akan balik pagi raya. Katanya jalan raya kurang sebuk.Maknya tak sabar nak tengok cucunya, Jasmin, Arqaf dan Ehan. Aku pun gitu juga. Ijah pun rindu juga kat anak saudaranya tu.
Oh ya! biasanya nya tapai pulut tak boleh tinggal. Tadi aku beli dua kilo pulut untuk di tapai.
Lain persiapan biasa saja. Tahun ni mesti banyak sabar. Maklumlah aku bukan ada pencen. Tak pernah kerja kerajaan mana nak dapat pencen. Projek pun lama dah tak dapat. Lukisan pun kurang jalan da. Apa lagi ..tahu tahu saja lah.
Hari raya ketiga saperti biasa ada pertemuan sahabat lam pelajar Sungai Lembing tahun 1968. Kali ni kat beserah di rumah Tumirah. Ini kali ke 20. Dapatlah jumpa kawan dan guru.. seronok tahu. biasanya aku jadi pengerusi majlis.
Hari itu aku nak jemput kawanku ke Majlis Menyambut Menantu pada 17. 10.09. Aku buat kat dewan Mat kilau. Datanglah sama.
Peluang ni aku nak ucap Selamat Hari raya dan maaf zahir batin.

Thursday, September 10, 2009

Catatan Malam


Pohon muda itu telah keras
Melenturnya mengancam diri
tersilap melibas kembali

Itulah masa rebung tak dibelai kasih
tak dipupok sayang
tak dibalas cinta.

Nah sekarang apa nak jadi?
kini mereka berani mempersoalkan apa yang mereka percaya
dari apa yang mereka pandang
dari apa yang mereka dengar
dari apa yang mereka tahu dan di beri tahu
tentang kebenaran
tentang keadilan
tentang pembohongan
tentang rasuah
tentang bahasanya
bangsanya
budayanya.

Mereka percaya apa yang mereka dengar
apatah lagi jika mereka rasai sendiri
mereka percaya apa yang mereka lihat
apatah lagi jika perkara telah terpahat.

menyalalah kemarahan dan kebencian
sanggup berkerat rotan.
Walaupun pun sumber masih kabur
mereka tak perduli
mereka tetap mahu tempur.

apa nak jadi
mereka memaki banga sendiri
apatah lagi orang tua mereka mencarut, mencaci
berkawan dengan syaitan pun diretui

dalam diam- diam ada orang senang hati
pucuk di idam makin mendekati
tunggulah, jangan kemudian kita sesali.

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI JADI


Aku terlupa hari jadi cucuku Jasmin.
Min! atok nak ucapkan selamat hari jadi semoga sihat, gembira dan cerdik selalu.
Dengar cakap ayah dengar cakap ibu. Jaga adik Arqaf dan Ehan.

Tuesday, August 4, 2009

Hilang dalam kabus



Begitu lama mengambil waktu, saperti mencari badak sumatera di Endau Rompin.Terpaksa membelek buku dan internet. walaupun tak sampai, tapi memadai.
taklimat dari Taman Negara, mengiakan ketiadaan tanda/kesan badak di sekitar endau rompin. mengapa? mungkin kawasannya telah musnah.hutan menjadi ladang, menjadi kampong, menjadi ....Badak menguncut jumlahnya.

hari itu orang berani meneroka hutan belantara. demi penempatan. demi sumber kehidupan. demi ekonomi. sebok dengan impian. lupa ada kehidupan terancam. hari ini ada orang berani meminta hak orang lain atas nama hak. menidakkan kebaikan dan kerja keras orang lain. menggunakan orang lain yang terpukau kata keramat yang dusta. lalu mengikat selendang di kepala. ada yang pakai kopiah, sereban. pakai baju labuh, baju t berengkel , bersatu memusnahkan hasil kepayahan orang lain.

semuanya kerana menuntut Keris Tamin Sari di lenyapkan. semua bersetuju dan berkobar-kobar hingga berapi, menjerit selogan, merempuh orang lalu lalang, merosakkan harta orang berniaga, menakutkan masyarakat yang cinta damai,, memalukan kepada dunia.

mereka puas. hebat . wa percaya lu. disebalik sehelai lalang, pasti tak dapat melindungi bangkai. saperti badak sumbu sumatera hilang didalam kabus.

Tuesday, June 16, 2009

gambar ekspidsi lakar Endau Rompin. Sumbangan E.Tan














Lebeh urang jam 7.30 aku ke lapangan terbang menemui e.tan. Beliau hendak pulang ke KL. Di berinya cd. Berbicang tentang endau rompin, pameran, mkn dan balai seni lukis.
jam 8.30 beliau masuk bilik menunggu. Aku pulang. di rumah aku muatkan gambar dalam komputer.

Sunday, June 7, 2009

Senika 23, Kuantan kini & dulu

pameran yang merakam zaman untuk menjadi perbandingan.
Kini dan dulu menuntut harapan samaada kepada pelukis , koprat dan kerajaan
untuk dinilai kesungguhan dan keiklasan.
Biar pun ianya hanya garis, himpunan bentuk dan warna tetapi didalamnya ada kenangan pandangan dan perasaan.
Kepada semua di jemput
meluangkan masa menghayati
karya pelukisan
ahli kepada SENIKA.

Sekian.

Monday, March 23, 2009



Orang Sumatra Barat berlayar ke Pahang dan akhirnya menetap di tebing sungai yang kemudiannya di panggil Kampong orang Kuantan. Kubur di tebeng sungai Kuantan membukti kehadiran mereka( Kata saudaraku,keluaganya datang pada
lebeh kurang 1900 ).Orang Melayu dan lain bangsa telah pun ada ketika itu.

Mengikut saudaraku keturunannya terdiri dari orang Kampar, Padang Indonesia. Mereka jugalah dikatakan kumpulan yang membuka Kampung Bukit Ubi. Salah seorang yang terkenal dan masih di sebut pada hari ini ialah Haji Junid yang berjaya menjadi orang kaya dengan memiliki tanah yang banyak. Sejak itu keturunannya sangat terpandang dan terlibat dalam bebagai aktiviti saperti politik, peniagaan dan sebagaimacam, hingga kini.

Sebahagian jenerasi muda mereka menjadi orang berjaya. Mereka mendapat pendidekan dan berpeluang belajar di luar negara dan ada yang berkahwin dengan orang luar.

Tanpa di sedari kehidupan mereka kini jauh lebeh selesa dan mampu. Perubahan dari pembangunan negara yang melimpah ruah dan kealpaan terhadap nilai bangsa serta tidak kesah sejarah melemahkan jati diri. Desakan dari kumpulan tertentu dengan fahaman saperti hak asasi manusia, soialism, maxism dan leberalism seakan meyakini mereka bahawa kini kita adalah sama.

Secara realitinya inilah yang sedang berlaku.Penyakit hilang keyakinan telah bertambah saperti tak terbendong seolah-olah sedang menunggu menang sorak kampong tergadai. Kenapa sampai begini jadinya?......

Thursday, March 19, 2009


Memanglah leteh. Semalam tidur lewat. jam hampir tiga pagi baru sepupu dan bapak saudaranya minta diri.

Banyak perkara yang diceritakan. Sejarah datok nenek berhijrah dan menetap di Kuantan sejak 1900 lagi. Menjenguk sumbangan yang telah dikembangan
sehingga kini dan pemikiran jenarasi muda. Banyak meninggal cerita yang menarik.

Kerunsingan berkisar sempadan Melayu yang mula merasakan tidak penting akan jati diri dan warisan lagi. Mereka berpendapat sekarang pun kita perlu kepada keterbukaan, tidak pun ,di suatu masa akan berubah juga.

Di dalam hati rupanya ada kesamaan walaupun sudut pandang berbeza. Mengapa.

mengapa masih ada rasa?
kerana darah daging pusaka tetap terpahat dijiwa. Biarpun Melayu itu telah bercampor aduk , bebagai bangsa yang datang dan berada di bumi Melayu tidak mudah pulang dan ada yang terus tidak tinggal. Mereka bepeluang untuk maju dan semamangnya kini mereka maju. Sambutan mesra sentisa menjadi peluang dan di puncak pemikiran mereka kini saat mengusai dekat.

Begitu pahit pun di telan. Tentulah masa boleh merubah keadaan. Masa membuat kita resah,bimbang dan takut. rasa seorang ibu milihat anaknya terpinggil di bumi yang telah mereka terokai. Melara dan tidak berkeris lagi. Melihat anaknya memegang mata keris yang tajam. Orang lain memegang hulunya. Jangan sampai keris itu disentap.

Tak sama rasa anak muda yang mandi di paip dan berjalan di lebuh raya. Laju dan mesti ada wang untuk cepat. Tak sama orang dulu yang sekolah atap ke sekolah berkaki ayam dengan orang kini bijak dan ramai yang menjadi sarjana. orang dulu yang boleh bersabar dan berjaya membuka kampong dengan orang sekarang yang banyak melolong tapi tanah tergadai.

jangan sampai semua menjadi terlambat.Terlewat, tapi masih berpeluang memperbaiki. Cucu cicit tak kecewa.


20.3.09

Wednesday, March 4, 2009

1001 Malaysian Artis


Makluman.GAP's meminta badan gabungannya termasuk SENIKA memaklum kepada semua pelukis (tak kira bangsa dan agama ) yang ingin turut terlibat mencatatkan nama mereka di dalam buku 1001 orang pelukis Malaysia bolehlah menghantar profil lengkap ( rujuk gabungan pelukis.blogspot.com) kepada Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu Negeri pahang, E-1321 Tingkat 2, Bangunan Al Warisan, Jalan Bukit ubi, 25200 Kuantan atau -persatuan di negeri-negeri yang bergabung dengan Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia. sebelum 21, mac. 2009. Usaha ini oleh Art Malaysia Sdn. Bhd.Semoga peluangini tidak di abaikan.

Tuesday, February 24, 2009

Dari titek ke titek...


Aku masih ingat pada tahun 1978 sempena hari puisi ke 6 yang di adakan di Kuantan. Aku pulang dari Kelantan bagi melibatkan diri di majlis itu dimana Dewan Persuratan Melayu Pahang menjadi tuan rumah.Di sekolah SMAKA, Kuantan dijadikan tempat perkampongan para penyair tanah air.

Se sampainya aku di ruang pendaftaran, ramal juga AJK yang aku kenali. Antaranya E tan Alauddin, Dato Zainuddin Jumaat, Adnan Sani, Abah Samad Malaya dan kenalan dari Pahang dan Kelantan. Tokoh besar yang aku masih ingat allahyarham Pak Sako yang dilantek sebagai penghulu perkampongan, A.Latif Mohidin, Ghafar Ibrahim dan penyair yang datang sebagai peserta Hari Puisi Ke 6.

Aku bersempatan bertemu dan berbual dengan seorang ajk DPMP yang aku kira mempunyai prinsip berfalsafah dan banyak idea sesuai sebangai seorang penulis. Orangnya tidak tinggi, gempal,rambut ikal macam P.Ramlee dan bersuara agak parau. Sewaktu keluar di bandar Kuantan untuk menemui ibuku di bangunan Umno sekarang ( sebagai tukang masak), aku menumpang beliau. Banyak perkara dan idea dilontarkan , termasuklah hasratnya untuk menulis sebuah nobel ( kalau Tak silap ingatan ) Dari Nohtah ke Nohtah atau dari titik ke titik... Aku juga ingin membacanya kalau ada peluang hasil tulisannya itu. Peristiwa 31 tahun itu kini menjenguk ingatan ku kerana di antara Nohtah ke Nohtah ada cabaran untukku . Beliau mencadangkan aku mengambarkan sebuah lukisan idealisma di mana saekor seladang bertarung dengan harimau....beliau meminta aku menintrapitasikannya. Inshaallah akan saya lukiskan . Cuma untuk makluman aku pernah melukis trajisnya saekor kuda yang diterkam oleh singa. Karya asal oleh Geo Stubbs, pelukis barat abab ke tujuh belas. Karya yang membawa persoalan ekonomi yang terancam, yang bertarung untuk membebaskan dari kemelesetan yang turut disebabkan oleh keadaan politik dan peperang. Karya itu hilang pada tahun 1992.

Aku berterima kasih dengan sahabat ku ini yang rajin membuka dan membalas blog Galeri Pantai Timor. Cuma sayang blog beliau tidak dapat dibuka. Harap tolong berikan alamat blog saudara.

Sunday, February 22, 2009

RENONGAN......


Kebajikan kepada para seniman kini mendapat perhatian Kerajaan.Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan (KEKWA) mewakli kerajaan memainkan peranannya bagi melaksanakan tujauan tersebut. Hasilnya ramailah sudah para seniman yang mendapat
bantuan dari tabung yang telah dibentuk.

Bantuan saperti pencen kepada seniman veteran,bantuan perubatan dan bebagai bentuk bantuan turut diberikan dalam usaha mmembantu gulungan seniman.
Usaha yang baik itu sedikit sebanyak dapat melegakan gulungan seniman yang terhimpit dengan bebagai macam kesulitan.

Sebagai pelukis saya berharap bantuan itu hendak melibatkan semua gulungan seni dan tidak hanya kepada gulungan seni tertentu saja. Merujuk kepada berita dimedia gulongan yang disebut selalu mendapat bantuan ialah pelakon dan penyanyi. Gulongan seniman yang lain jarang kedengaran.

Dalam suasana ekonomi negara yang terut menerima tempias kemelesetan ekonomi dunia, berbagai keedah rangsangan ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan bagi menolong mewujudkan daya saing menghadapi cabaran. Sejumlah besar wang melibatkan billion ringgit telah di peruntukan bagi memacu ekonomi negara. Cuma yang tidak sangat disebut kesan yang dihadapi oleh kumpulan seniman khas para pelukis.

Perkembangan senilukis di negara sangat pesat. Ini adalah kelangsungan dari wujudnya instusi pendidikan senilukis dan rangsangan perkembangan ekonomi negara selepas kemerdekaan. Kewujudan Balai Seni lukis Negara, Pasar Seni, pegajian seni dan pembelian karya dari kerajaan, pihak koprat dan induvidu telah mendorong mencambahkan gulongan pelukis yang menjadikan senilukis sebagai kejaya dan sentiasa bertambah setiap tahun.

Dengan suasana sekarang, gulongan pelukis turut menerima kesannya dan amatlah perlu di salorkan juga ransangan ekonomi kepada gulungan ini dalam usaha meyakinkan kepada masyarakat bahawa seni, khasnya senilukis adalah bidang kejaya yang berdaya maju dan sentiasa mendapat sokong dari pihak kerajaan.

Satu cadangan yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dengan menjadikan dasar kepada semua enjensi kerajaan di pusat, negeri dan daerah memperuntukan beberapa peratus ( 10 % ) perbelanjaannya setiap tahun bagi tujuan membeli karya lukisan pelukis tempatan. Ini tentunya menjadi dorongan dan semangat kepada para pelukis di seluroh negara.

Dalam masa yang sama cukai barang peralatan lukisan hendah di kurangkan memandangkan harga peralatan lukisan kini meningkat naik, mahal.

Akhirnya tiada yang mustahil, dan tetulah kita menyokong slogan Malaysia boleh.

Wednesday, February 18, 2009

Kembali...

Saya mendapat sms dari kawan katanya dia terimamakluman dari sdr. Ismail Mustam; " Ibrahim Hussein telah mmeninggal dunia. ALFATIHAH'....Amin.

Tuesday, February 17, 2009

KERANDA 152


KERANDA 152 sabuah lagi karya personafikasi yang mengajak khalayak sama - sama mentaksirkannya.

Didalam dunia fantasi yang belatarkan pantai Baserah dengan kehidupan pengusaha yang mengangkut ikan dengan kereta yang ditarek oleh kerbau, dan menjadi popular pada para pelancung dalam dan luar negara.

Daratan tebingnya terputus dan berjurang dalam.Keris pusaka berluk menjadi titian. Nun di langit kelihatan sebuah keranda 152 terapong. Kesunyian dan terasing.

Monday, February 16, 2009

Telur di hujung tanduk.



Teringat sewaktu di sekolah rendah di Pekan, cikgu memberi pengertiannya iaitu sautu kedudukan yang berada di dalam keadaan merbahaya atau genting.

1986 sebuah karya telah terhasil di Kuantan yang meminjam peribahasa diatas. Karya yang menggunakan bahan cat minyak atas kanvas merujuk kepada peristiwa politik semasa itu . Objetif yang tersirat di dalam karya tersebut lebeh kepada memberi peringatan, iaitu adalah sangat merbahaya jika belakunya perpecahan. Ia akan menjadi lebih membahaya kerana dalam masa yang sama ada ancaman dari pihak tertentu yang mahu menggugatkan keselamatan negara.

Kini maksud peribahasa itu sekali lagi menjadi penting untuk difahami. Apatah lagi generasi kini seolah-olah tidak lagi menghargai sistem yang sedia ada yang telah melepasi 50 tahun membuktikan kebekesanannya. Generasi kini yang didorong oleh pihak yang ingin berkuasa lebih sanggup melakukan apa saja asalkan niat mereka tercapai sahinggakan kedudukan raja pun di cabar.

Friday, January 2, 2009

HARAPAN DI TAHUN BARU

Assalammualaikum.

Tahun 2008 bebagai usaha dirancang dan penuh dengan cabaran. Segala yang masih belum berjaya akan diteruskan di tahun 2009, yakni tahun baru.
Sebagai pelukis banyak karya yang hendak dibuat tak kiralah molek atau tidak dan tak kesah laku atau tidak. Peranan pelukis ialah bekarya DAN ITU SUMBANGAN MEREKA KEPADA NEGERI DAN NEGARA dan serah pada masyarakat untuk menilai.

Sesekali berharap juga pada kerajaan agar memainkan peranannya iaitu melalui kementerian yang berkaitan. Sebenarnya jika ada kesedaran dan kesungguhan untuk membangunkan seni khasnya senitamapak, khasnya di Pahang, Tidaklah menjadi masaalah besar. Masaalah yang sebenarnya ialah, dipihak kementerian pegawai yang dihantar tidak berminat dan kurang inisiatif memajukan atau kalau berminat pun bidang-bidang yang bukan seni tampak,. Bidang-bidang tersebut menonjol dan berkembang.

Wakil kerjaan negeri melalui exco yang dilantek kebanyakan langsung tak ada pengetuan seni dan berminat dengannya, sekadar berucap dan merasmikannya. Kalau ada pula mulalah menjadi kepantingan diri. Nasib seniman saperti pelukis khasnya di negeri Pahang bertambah malang.Tak taulah bila akan berubah.Jangan sampai para seniman pun mula merasa benci.

Harapan tahun baru hendaknya tidak tinggal harapan. Kalau ianya menjadi gemilang nama negeri dan negera juga gemilang. Kan PM mahu mahukan semuanya modal insan sentiasa cemerlang,gemilang dan terbilang. Seniman yang dibantu pun bukan orang lain, merekan adalah rakyat, kan!

m.shaimy.