Aku masih ingat pada tahun 1978 sempena hari puisi ke 6 yang di adakan di Kuantan. Aku pulang dari Kelantan bagi melibatkan diri di majlis itu dimana Dewan Persuratan Melayu Pahang menjadi tuan rumah.Di sekolah SMAKA, Kuantan dijadikan tempat perkampongan para penyair tanah air.
Se sampainya aku di ruang pendaftaran, ramal juga AJK yang aku kenali. Antaranya E tan Alauddin, Dato Zainuddin Jumaat, Adnan Sani, Abah Samad Malaya dan kenalan dari Pahang dan Kelantan. Tokoh besar yang aku masih ingat allahyarham Pak Sako yang dilantek sebagai penghulu perkampongan, A.Latif Mohidin, Ghafar Ibrahim dan penyair yang datang sebagai peserta Hari Puisi Ke 6.
Aku bersempatan bertemu dan berbual dengan seorang ajk DPMP yang aku kira mempunyai prinsip berfalsafah dan banyak idea sesuai sebangai seorang penulis. Orangnya tidak tinggi, gempal,rambut ikal macam P.Ramlee dan bersuara agak parau. Sewaktu keluar di bandar Kuantan untuk menemui ibuku di bangunan Umno sekarang ( sebagai tukang masak), aku menumpang beliau. Banyak perkara dan idea dilontarkan , termasuklah hasratnya untuk menulis sebuah nobel ( kalau Tak silap ingatan ) Dari Nohtah ke Nohtah atau dari titik ke titik... Aku juga ingin membacanya kalau ada peluang hasil tulisannya itu. Peristiwa 31 tahun itu kini menjenguk ingatan ku kerana di antara Nohtah ke Nohtah ada cabaran untukku . Beliau mencadangkan aku mengambarkan sebuah lukisan idealisma di mana saekor seladang bertarung dengan harimau....beliau meminta aku menintrapitasikannya. Inshaallah akan saya lukiskan . Cuma untuk makluman aku pernah melukis trajisnya saekor kuda yang diterkam oleh singa. Karya asal oleh Geo Stubbs, pelukis barat abab ke tujuh belas. Karya yang membawa persoalan ekonomi yang terancam, yang bertarung untuk membebaskan dari kemelesetan yang turut disebabkan oleh keadaan politik dan peperang. Karya itu hilang pada tahun 1992.
Aku berterima kasih dengan sahabat ku ini yang rajin membuka dan membalas blog Galeri Pantai Timor. Cuma sayang blog beliau tidak dapat dibuka. Harap tolong berikan alamat blog saudara.