Monday, February 16, 2009

Telur di hujung tanduk.



Teringat sewaktu di sekolah rendah di Pekan, cikgu memberi pengertiannya iaitu sautu kedudukan yang berada di dalam keadaan merbahaya atau genting.

1986 sebuah karya telah terhasil di Kuantan yang meminjam peribahasa diatas. Karya yang menggunakan bahan cat minyak atas kanvas merujuk kepada peristiwa politik semasa itu . Objetif yang tersirat di dalam karya tersebut lebeh kepada memberi peringatan, iaitu adalah sangat merbahaya jika belakunya perpecahan. Ia akan menjadi lebih membahaya kerana dalam masa yang sama ada ancaman dari pihak tertentu yang mahu menggugatkan keselamatan negara.

Kini maksud peribahasa itu sekali lagi menjadi penting untuk difahami. Apatah lagi generasi kini seolah-olah tidak lagi menghargai sistem yang sedia ada yang telah melepasi 50 tahun membuktikan kebekesanannya. Generasi kini yang didorong oleh pihak yang ingin berkuasa lebih sanggup melakukan apa saja asalkan niat mereka tercapai sahinggakan kedudukan raja pun di cabar.

3 comments:

Hashim Zabidi said...

Telor dihujung tanduk tu kalau tak kena gaya boleh jatuh dan pecah. Pasti tak jadi anak. Tetapi kalau sentiasa dihujung tanduk bagaimana hendak diram? Tak mungkin jadi anak juga. Kedua duanya sama sahaja. Tetapi cubalah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Mudah-mudahan...

galeripantaitimur said...

betul.. itu pun maksudnya. di hujung tanduk pun dah retak. Isi putih dan kuning dah pun meleleh dan terputus sabahagiannya. harap yang selebihnya dapat di selamatkan sebelumt telur jatuh dan pecah. Sayang kalau semua musnah.

Hashim Zabidi said...

Shaimi:

Saya masih kepingin mak menonton Harimau berjuang dengan Seladang di atas canvas. Agaknya perckaran itu tentu hebat kan, macam Nizar dgn Zamberi atau macam Najib dgn Anuar atau macam Israel dgn Palestin Bila agaknya. Apa kah Tn.Hj.Osman Limat boleh bantu boleh menyelesaikan masalah ini. Saya akur menunggu, mudah-mudahan...